Ucapan
YB Menteri Kerja Raya
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Sempena
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Julai 2009
2 Julai 2009 (Khamis)
Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid
1. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah kurnianya, pada pagi ini kita dapat berkumpul dalam majlis
anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2008 dan perhimpunan bulanan warga
Kerja Raya bagi bulan Julai 2009.
2. Saya dimaklumkan bahawa, pada hari ini, seramai 815 orang pegawai dan
kakitangan di kementerian dan agensi-agensi di bawahnya akan diberi
pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2008. Daripada jumlah
tersebut, seramai 61 orang adalah daripada Kementerian Kerja Raya, 686 orang
daripada Jabatan Kerja Raya, 45 orang daripada Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan 23 orang daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM).
3. Justeru itu, sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada mereka
yang telah terpilih sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun
2008 ini. Sesungguhnya penganugerahan adalah satu tanda pengiktirafan
daripada kerajaan dan Kementerian Kerja Raya terhadap prestasi cemerlang yang
telah dipamerkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun lepas.
4. Besarlah harapan saya supaya pengiktirafan ini akan menjadikan tuan/puan
lebih bersemangat di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan, di samping menjadi motivasi kepada seluruh warga Kerja Raya
untuk membudayakan amalan kerja yang mementingkan kecemerlangan. Kita
seharusnya mempunyai sikap mahu melakukan yang terbaik dalam melaksanakan
Sila semak semasa penyampaian
2
kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Kepuasan bekerja
kepada kita ialah apabila usaha kita telah membawa kepada pencapaian terbaik
untuk Kementerian dan Kerajaan serta memberi faedah kepada rakyat.
5. Sedar atau tidak, kita sudah melalui lebih daripada separuh fasa
pelaksanaan Rancangan Malaysia ke 9. KKR telah mencatatkan prestasi
kewangan yang memberansangkan di mana sehingga 15 jun 2009, peratus
perbelanjaan KKR adalah sebanyak 51.7% daripada jumlah yang diperuntukkan,
dan KKR berada di tempat kedua berbanding 25 buah kementerian yang lain. Ia
menunjukkan satu angka perbelanjaan yang baik dan seterusnya dapat memberi
impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
6. Prestasi KKR juga dapat diterjemahkan melalui kejayaan pembinaan
kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah dan hospital demi mengimbangi
keperluan sosio-ekonomi negara dan menyediakan kualiti prasarana yang terbaik
kepada rakyat. Namun persoalannya, adakah projek-projek tersebut:
I. Menepati jangka waktu yang ditetapkan?
Ii. Menepati kualiti atau standard yang digariskan?
Iii. Menitikberatkan ciri-ciri keselamatan projek?
Iv. Membudayakan aspek penyelenggaraan yang cekap dan efisien? dan
V. Menepati aspek kepuasaan stakeholders serta pelanggan?
Sebenarnya soalan-soalan yang saya sebutkan sebentar tadi adalah satu cabaran
yang amat besar kepada Kementerian ini dan ianya bukan mudah untuk
dilaksanakan tanpa sokongan padu daripada semua warga KKR. Cabaran-cabaran
ini perlu digalas oleh kita semua dan berazam untuk memastikan segala persoalan
yang ditimbulkan tadi dapat diatasi supaya rakyat mendapat faedah yang
sepatutnya mereka nikmati.
Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam ucapan sulung saya dahulu, kita hari
ini memikul satu jenama JKR yang cukup besar dan membanggakan. Bagi
mengekalkan brand yang ulung ini, setiap dari kita perlu sentiasa bersatu dan
Sila semak semasa penyampaian
3
berkerjasama tanpa mengira jawatan yang kita pegang. Tidak ada gunanya kita
tinggal sebumbung kalau satu kumpulan bergerak ke hulu dan satu lagi menghala
ke hilir. Konsep bersatu ini bukan saja kita amalkan di Kementerian ini malah ianya
penting untuk kita bersatu demi negara selaras dengan konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.
7. Dalam usaha kita untuk mencapai sasaran RMK9 yang akan tamat dalam
tempoh satu setengah tahun lagi serta persediaan dalam RMK10, apakah
pengalaman dan pelajaran yang telah kita perolehi supaya tuan-tuan dan puanpuan
selaku jentera pelaksana kerajaan yang utama dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat? Dua perkara utama yang perlu diambil
perhatian adalah mengenai best practices yang perlu kita teruskan dan yang
kedua apa yang perlu kita perbaiki melalui penambahbaikan secara berterusan.
8. Dalam melaksanakan penambahbai kan ini, kita perlu melihat kepada sudut
”life cycle costing”. Life cycle costing adalah satu teknik pendekatan berstruktur
yang memberi tumpuan kepada elemen kos secara holistik supaya satu-satu
produk atau perkhidmatan dapat digunakan secara optimum melalui perancangan,
pelaksanaan dan penyenggaraan yang berkesan. Ia juga menitikberatkan kepada
isu-isu yang melibatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian, penambahbaikan
aspek keselamatan dan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Melalui pendekatan
ini, kerajaan dapat menjimatkan wang rakyat dalam tempoh jangka masa yang
panjang. Sebagai contoh, walaupun penggunaan konsep IBS di dalam projek
kerajaan telah menyebabkan pertambahan kos, namun langkah ini telah berjaya
menjimatkan kerajaan dalam aspek penyenggar aan dan kualiti pembinaan. Oleh
yang demikian, KKR perlu melakukan lebih banyak perubahan dan anjakan
paradigma dalam memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan berhubung
perkara ini.
9. Kita akui, setiap organisasi mempunyai kelemahan dan kekuatan yang
tersendiri. Apabila kita berjaya melakukan satu perkara baik sudah pasti pujian
yang datang kepada kita, sebaliknya apabila sesuatu yang kurang senang berlaku
melibatkan kita, kita juga akan menerima kritikan dan tohmahan keras. Bagi saya
Sila semak semasa penyampaian
4
itu adalah satu lumrah kehidupan. Maka disinilah sebenarnya cabaran kepada
kementerian ini yang mana kita perlu bekerja sebagai satu pasukan, tiada lagi
menuding (point the finger) kesalahan sesama sendiri sebaliknya kita berusaha
untuk mencari mekanisme yang terbaik di meja perbincangan. Kita perlu segera
menangani masalah ini di mana segala keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar
dalam bidang kemahiran masing-masing adalah yang terbaik bagi semua pihak
yang terlibat.
Setiap organisasi memerlukan kepimpinan yang terbaik. Kepimpinan yang baik
ialah kepimpinan yang sensitif kepada masalah kakitangannya dan kepimpinan
yang berjaya memimpin organisasi dan warganya ke mercu kejayaan dengan
bekerja sebagai satu pasukan. Sebagai pemimpin organisasi yang efektif yang
merupakan ketua kepada satu keluarga yang besar, kita harus memastikan orang
bawahan kita dapat bekerja dalam suasana yang selesa. Itulah sebabnya, kita
perlu mengambil tahu hal kebajikan pekerja kita.
Sebagai contoh bagi JKR, apakah kuarters tempat tinggal kakitangan kita di tahap
selesa? Apakah kakitangan kita bekerja di dalam pejabat yang selesa atau bekerja
dalam pejabat yang sesak? Kita tidak mahu ketika kakitangan kita berada di
pejabat atau tapak binaan, fikirannya berada di rumah memikirkan keselamatan
anak-anak dan sebagainya. Ini penting kerana tanpa suasana kehidupan yang baik,
sukar buat warga kita untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada
Kementerian kerana hanya dengan mempunyai pasukan yang mantap dapat kita
mencipta kejayaan yang kita harapkan.
Untuk itu saya dan Dato’ KSU berjanji akan memastikan kebajikan kakitangan kita
terbela.
10. Baru-baru ini Kabinet telah membuat keputusan bahawa adalah wajar JKR
diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan projek-projek
kerajaan kerana sebagaimana kita semua sedia maklum, tidak semua projek
kerajaan dilaksanakan oleh JKR. Ini adalah untuk memastikan JKR tidak
dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kecacatan yang disebabkan oleh pihak
Sila semak semasa penyampaian
5
kontraktor mahupun konsultan. Keputusan yang telah diambil oleh kerajaan ini
akan disusuli dengan proses perancangan dan pelan tindakan yang bersepadu
supaya JKR dapat memastikan setiap projek kerajaan yang disiapkan bukan sahaja
menepati jadual pelaksanaan malah mempunyai kualiti yang tinggi.
11. Maka menjadi tanggungjawab KKR untuk memastikan setiap kontraktor
yang ingin menjalankan projek kerajaan mempunyai ilmu, kepakaran dan
pengalaman yang tinggi untuk bersaing di era liberalisasi ini. Ilmu yang
dimaksudkan adalah ilmu yang khusus dan spesifik dalam bidang-bidang yang
berkaitan. Pada hari ini, kita memerlukan kontraktor yang mahir dan mempunyai
kepakaran dalam pengkhususan sesuatu bidang.
12. Era liberalisasi adalah satu persekitaran yang menuntut kita semua lebih
bersifat pantas dalam membuat sebarang keputusan. Business is not as usual. Kita
perlu menggunakan segala sumber yang ada dengan sebaik mungkin bagi
memberi pulangan yang terbaik kepada rakyat. Dunia sudah tahu kita mampu
membina bangunan berkembar tertinggi di dunia, jambatan terpanjang serta
bangunan canggih tapi kita amat sedih jika keupayaan itu tidak mencerminkan
kepada budaya penyelenggaraan yang bertaraf dunia. Apa guna kita membina
tetapi kita tidak mampu menyelenggaranya dengan baik. Kita perlu menerapkan
budaya penyenggaraan dalam diri masing-masing dengan mengambil kira nilai
pembangunan yang mapan.
13. Saya kini berucap di hadapan barisan yang terbaik atau the cream of the
crop. Tuan-tuan adalah penentu kepada semua cabaran yang akan dan bakal
dipikul oleh kementerian dalam usaha memberikan kualiti perkhidmatan yang ulung
kepada rakyat. Di tangan tuan-tuanlah terletak segala keputusan dan arahan yang
akan menjawab segala persoalan dan cabaran-cabaran yang saya telah lontarkan
sebentar tadi. Sebagai yang terbaik tuan-tuan perlu menunjukkan contoh dan
membudayakan budaya kerja yang cemerlang dan seterusnya bukan sahaja
memenuhi ekspektasi malah melebihi ekspektasi pelanggan.
Sila semak semasa penyampaian
6
14. Ini hanya boleh dilakukan jika kita mampu dan berani membawa perubahan
di dalam organisasi yang kita wakili. Memetik kata-kata Mahatma Gandhi, ”we
must become the change we want to see in the world” kita perlu fokus dalam
melihat gambaran yang besar dan seterusnya mengenengahkan faktor penting
dalam perubahan ini, iaitu koordinasi yang utuh di antara semua agensi di bawah
KKR. Kerja berpasukan adalah jauh lebih baik daripada persaingan sesama sendiri.
We need to complement but not compete. Satu kerangka kerja yang
komprehensif serta perkongsian maklumat secara ideal adalah amat perlu
dikalangan warga KKR supaya segala tindakan segera berhubung tanggungjawab
kita dapat di ambil dengan cepat dan pantas. Kita mesti bergerak ke arah mencapai
tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. We have to move to a higher level of
excellence.
15. Dalam sesebuah organisasi perlu ada matlamat yang jelas. Matlamat ini
seterusnya perlu ditetapkan tempoh untuk mencapainya. Dalam proses pencapaian
matlamat ini, kerajaan telah pun memperkenalkan petunjuk prestasi utama (KPI).
KPI ini akan digunakan secara menyeluruh bagi memantau dan menilai prestasi
setiap Menteri di dalam kementerian masing-masing. Di Kementerian Kerja Raya,
KPI yang telah dirangka adalah berdasarkan kepada empat key result area yang
utama. Key result area tersebut adalah :
· Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang berasaskan industri
binaan
· Mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh keadaan
kejuruteraan jalan di jalan persekutuan
· Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan
negara supaya boleh bersaing di pasaran global
· Meningkatkan pengukuhan usahawan bumiputera dalam industri binaan
negara
Sila semak semasa penyampaian
7
16. Dalam menentukan KPI KKR ini, saya sering berpesan kepada pegawaipegawai
dan kakitangan KKR supaya berani dalam membawa perubahan. Untuk
melakukan perubahan ini, kita tidak boleh lagi menjalankan tugas dalam keadaan
zon selesa (comfort zone). Keberanian ini terletak kepada kekuatan minda,
semangat untuk mencuba, bersungguh-sungguh dan bersedia menghadapi risiko
dan kepayahan. Dalam kata lain, penghalang kepada keberanian adalah
indifference. Oleh itu, kita mesti berani melakukan perubahan.
17. Saya juga berhasrat agar tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat
merangka KPI masing-masing, supaya kita akan menjadi lebih fokus terhadap
tugas yang diberikan. KPI ini akan menjadi satu penggalak kepada kita untuk
mencapai sesuatu yang lebih daripada kebiasaan (extra ordinary). Oleh yang
demikian, pencapaian yang lebih daripada kebiasaan ini akan memberi natijah
yang baik kepada rakyat dan negara jua.
18. Akhir sekali, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi
mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Teruskan kecemerlangan tuan-tuan dan puan-puan dan
jangan hentikannya di pertengahan jalan. Kepada yang tidak menerima anugerah,
bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangat
dan berusahalah dengan lebih gigih untuk meraihnya di masa akan datang.
Terima kasih.
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment