Friday, November 6, 2009

SENGGARAAN: APC JKR 2009

Ucapan
YB Menteri Kerja Raya
Dato’ Shaziman bin Abu Mansor
Sempena
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Julai 2009
2 Julai 2009 (Khamis)
Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid
1. Pertama sekali, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah kurnianya, pada pagi ini kita dapat berkumpul dalam majlis
anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2008 dan perhimpunan bulanan warga
Kerja Raya bagi bulan Julai 2009.
2. Saya dimaklumkan bahawa, pada hari ini, seramai 815 orang pegawai dan
kakitangan di kementerian dan agensi-agensi di bawahnya akan diberi
pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2008. Daripada jumlah
tersebut, seramai 61 orang adalah daripada Kementerian Kerja Raya, 686 orang
daripada Jabatan Kerja Raya, 45 orang daripada Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dan 23 orang daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM).
3. Justeru itu, sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada mereka
yang telah terpilih sebagai penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun
2008 ini. Sesungguhnya penganugerahan adalah satu tanda pengiktirafan
daripada kerajaan dan Kementerian Kerja Raya terhadap prestasi cemerlang yang
telah dipamerkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun lepas.
4. Besarlah harapan saya supaya pengiktirafan ini akan menjadikan tuan/puan
lebih bersemangat di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan, di samping menjadi motivasi kepada seluruh warga Kerja Raya
untuk membudayakan amalan kerja yang mementingkan kecemerlangan. Kita
seharusnya mempunyai sikap mahu melakukan yang terbaik dalam melaksanakan
Sila semak semasa penyampaian
2
kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Kepuasan bekerja
kepada kita ialah apabila usaha kita telah membawa kepada pencapaian terbaik
untuk Kementerian dan Kerajaan serta memberi faedah kepada rakyat.
5. Sedar atau tidak, kita sudah melalui lebih daripada separuh fasa
pelaksanaan Rancangan Malaysia ke 9. KKR telah mencatatkan prestasi
kewangan yang memberansangkan di mana sehingga 15 jun 2009, peratus
perbelanjaan KKR adalah sebanyak 51.7% daripada jumlah yang diperuntukkan,
dan KKR berada di tempat kedua berbanding 25 buah kementerian yang lain. Ia
menunjukkan satu angka perbelanjaan yang baik dan seterusnya dapat memberi
impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.
6. Prestasi KKR juga dapat diterjemahkan melalui kejayaan pembinaan
kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, sekolah dan hospital demi mengimbangi
keperluan sosio-ekonomi negara dan menyediakan kualiti prasarana yang terbaik
kepada rakyat. Namun persoalannya, adakah projek-projek tersebut:
I. Menepati jangka waktu yang ditetapkan?
Ii. Menepati kualiti atau standard yang digariskan?
Iii. Menitikberatkan ciri-ciri keselamatan projek?
Iv. Membudayakan aspek penyelenggaraan yang cekap dan efisien? dan
V. Menepati aspek kepuasaan stakeholders serta pelanggan?
Sebenarnya soalan-soalan yang saya sebutkan sebentar tadi adalah satu cabaran
yang amat besar kepada Kementerian ini dan ianya bukan mudah untuk
dilaksanakan tanpa sokongan padu daripada semua warga KKR. Cabaran-cabaran
ini perlu digalas oleh kita semua dan berazam untuk memastikan segala persoalan
yang ditimbulkan tadi dapat diatasi supaya rakyat mendapat faedah yang
sepatutnya mereka nikmati.
Seperti mana yang telah saya nyatakan dalam ucapan sulung saya dahulu, kita hari
ini memikul satu jenama JKR yang cukup besar dan membanggakan. Bagi
mengekalkan brand yang ulung ini, setiap dari kita perlu sentiasa bersatu dan
Sila semak semasa penyampaian
3
berkerjasama tanpa mengira jawatan yang kita pegang. Tidak ada gunanya kita
tinggal sebumbung kalau satu kumpulan bergerak ke hulu dan satu lagi menghala
ke hilir. Konsep bersatu ini bukan saja kita amalkan di Kementerian ini malah ianya
penting untuk kita bersatu demi negara selaras dengan konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.
7. Dalam usaha kita untuk mencapai sasaran RMK9 yang akan tamat dalam
tempoh satu setengah tahun lagi serta persediaan dalam RMK10, apakah
pengalaman dan pelajaran yang telah kita perolehi supaya tuan-tuan dan puanpuan
selaku jentera pelaksana kerajaan yang utama dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat? Dua perkara utama yang perlu diambil
perhatian adalah mengenai best practices yang perlu kita teruskan dan yang
kedua apa yang perlu kita perbaiki melalui penambahbaikan secara berterusan.
8. Dalam melaksanakan penambahbai kan ini, kita perlu melihat kepada sudut
”life cycle costing”. Life cycle costing adalah satu teknik pendekatan berstruktur
yang memberi tumpuan kepada elemen kos secara holistik supaya satu-satu
produk atau perkhidmatan dapat digunakan secara optimum melalui perancangan,
pelaksanaan dan penyenggaraan yang berkesan. Ia juga menitikberatkan kepada
isu-isu yang melibatkan penggunaan teknologi yang bersesuaian, penambahbaikan
aspek keselamatan dan penggunaan tenaga yang lebih efisien. Melalui pendekatan
ini, kerajaan dapat menjimatkan wang rakyat dalam tempoh jangka masa yang
panjang. Sebagai contoh, walaupun penggunaan konsep IBS di dalam projek
kerajaan telah menyebabkan pertambahan kos, namun langkah ini telah berjaya
menjimatkan kerajaan dalam aspek penyenggar aan dan kualiti pembinaan. Oleh
yang demikian, KKR perlu melakukan lebih banyak perubahan dan anjakan
paradigma dalam memberi khidmat nasihat teknikal kepada kerajaan berhubung
perkara ini.
9. Kita akui, setiap organisasi mempunyai kelemahan dan kekuatan yang
tersendiri. Apabila kita berjaya melakukan satu perkara baik sudah pasti pujian
yang datang kepada kita, sebaliknya apabila sesuatu yang kurang senang berlaku
melibatkan kita, kita juga akan menerima kritikan dan tohmahan keras. Bagi saya
Sila semak semasa penyampaian
4
itu adalah satu lumrah kehidupan. Maka disinilah sebenarnya cabaran kepada
kementerian ini yang mana kita perlu bekerja sebagai satu pasukan, tiada lagi
menuding (point the finger) kesalahan sesama sendiri sebaliknya kita berusaha
untuk mencari mekanisme yang terbaik di meja perbincangan. Kita perlu segera
menangani masalah ini di mana segala keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar
dalam bidang kemahiran masing-masing adalah yang terbaik bagi semua pihak
yang terlibat.
Setiap organisasi memerlukan kepimpinan yang terbaik. Kepimpinan yang baik
ialah kepimpinan yang sensitif kepada masalah kakitangannya dan kepimpinan
yang berjaya memimpin organisasi dan warganya ke mercu kejayaan dengan
bekerja sebagai satu pasukan. Sebagai pemimpin organisasi yang efektif yang
merupakan ketua kepada satu keluarga yang besar, kita harus memastikan orang
bawahan kita dapat bekerja dalam suasana yang selesa. Itulah sebabnya, kita
perlu mengambil tahu hal kebajikan pekerja kita.
Sebagai contoh bagi JKR, apakah kuarters tempat tinggal kakitangan kita di tahap
selesa? Apakah kakitangan kita bekerja di dalam pejabat yang selesa atau bekerja
dalam pejabat yang sesak? Kita tidak mahu ketika kakitangan kita berada di
pejabat atau tapak binaan, fikirannya berada di rumah memikirkan keselamatan
anak-anak dan sebagainya. Ini penting kerana tanpa suasana kehidupan yang baik,
sukar buat warga kita untuk memberi sumbangan yang terbaik kepada
Kementerian kerana hanya dengan mempunyai pasukan yang mantap dapat kita
mencipta kejayaan yang kita harapkan.
Untuk itu saya dan Dato’ KSU berjanji akan memastikan kebajikan kakitangan kita
terbela.
10. Baru-baru ini Kabinet telah membuat keputusan bahawa adalah wajar JKR
diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memantau pelaksanaan projek-projek
kerajaan kerana sebagaimana kita semua sedia maklum, tidak semua projek
kerajaan dilaksanakan oleh JKR. Ini adalah untuk memastikan JKR tidak
dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kecacatan yang disebabkan oleh pihak
Sila semak semasa penyampaian
5
kontraktor mahupun konsultan. Keputusan yang telah diambil oleh kerajaan ini
akan disusuli dengan proses perancangan dan pelan tindakan yang bersepadu
supaya JKR dapat memastikan setiap projek kerajaan yang disiapkan bukan sahaja
menepati jadual pelaksanaan malah mempunyai kualiti yang tinggi.
11. Maka menjadi tanggungjawab KKR untuk memastikan setiap kontraktor
yang ingin menjalankan projek kerajaan mempunyai ilmu, kepakaran dan
pengalaman yang tinggi untuk bersaing di era liberalisasi ini. Ilmu yang
dimaksudkan adalah ilmu yang khusus dan spesifik dalam bidang-bidang yang
berkaitan. Pada hari ini, kita memerlukan kontraktor yang mahir dan mempunyai
kepakaran dalam pengkhususan sesuatu bidang.
12. Era liberalisasi adalah satu persekitaran yang menuntut kita semua lebih
bersifat pantas dalam membuat sebarang keputusan. Business is not as usual. Kita
perlu menggunakan segala sumber yang ada dengan sebaik mungkin bagi
memberi pulangan yang terbaik kepada rakyat. Dunia sudah tahu kita mampu
membina bangunan berkembar tertinggi di dunia, jambatan terpanjang serta
bangunan canggih tapi kita amat sedih jika keupayaan itu tidak mencerminkan
kepada budaya penyelenggaraan yang bertaraf dunia. Apa guna kita membina
tetapi kita tidak mampu menyelenggaranya dengan baik. Kita perlu menerapkan
budaya penyenggaraan dalam diri masing-masing dengan mengambil kira nilai
pembangunan yang mapan.
13. Saya kini berucap di hadapan barisan yang terbaik atau the cream of the
crop. Tuan-tuan adalah penentu kepada semua cabaran yang akan dan bakal
dipikul oleh kementerian dalam usaha memberikan kualiti perkhidmatan yang ulung
kepada rakyat. Di tangan tuan-tuanlah terletak segala keputusan dan arahan yang
akan menjawab segala persoalan dan cabaran-cabaran yang saya telah lontarkan
sebentar tadi. Sebagai yang terbaik tuan-tuan perlu menunjukkan contoh dan
membudayakan budaya kerja yang cemerlang dan seterusnya bukan sahaja
memenuhi ekspektasi malah melebihi ekspektasi pelanggan.
Sila semak semasa penyampaian
6
14. Ini hanya boleh dilakukan jika kita mampu dan berani membawa perubahan
di dalam organisasi yang kita wakili. Memetik kata-kata Mahatma Gandhi, ”we
must become the change we want to see in the world” kita perlu fokus dalam
melihat gambaran yang besar dan seterusnya mengenengahkan faktor penting
dalam perubahan ini, iaitu koordinasi yang utuh di antara semua agensi di bawah
KKR. Kerja berpasukan adalah jauh lebih baik daripada persaingan sesama sendiri.
We need to complement but not compete. Satu kerangka kerja yang
komprehensif serta perkongsian maklumat secara ideal adalah amat perlu
dikalangan warga KKR supaya segala tindakan segera berhubung tanggungjawab
kita dapat di ambil dengan cepat dan pantas. Kita mesti bergerak ke arah mencapai
tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. We have to move to a higher level of
excellence.
15. Dalam sesebuah organisasi perlu ada matlamat yang jelas. Matlamat ini
seterusnya perlu ditetapkan tempoh untuk mencapainya. Dalam proses pencapaian
matlamat ini, kerajaan telah pun memperkenalkan petunjuk prestasi utama (KPI).
KPI ini akan digunakan secara menyeluruh bagi memantau dan menilai prestasi
setiap Menteri di dalam kementerian masing-masing. Di Kementerian Kerja Raya,
KPI yang telah dirangka adalah berdasarkan kepada empat key result area yang
utama. Key result area tersebut adalah :
· Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang berasaskan industri
binaan
· Mengurangkan kadar kemalangan yang disebabkan oleh keadaan
kejuruteraan jalan di jalan persekutuan
· Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan
negara supaya boleh bersaing di pasaran global
· Meningkatkan pengukuhan usahawan bumiputera dalam industri binaan
negara
Sila semak semasa penyampaian
7
16. Dalam menentukan KPI KKR ini, saya sering berpesan kepada pegawaipegawai
dan kakitangan KKR supaya berani dalam membawa perubahan. Untuk
melakukan perubahan ini, kita tidak boleh lagi menjalankan tugas dalam keadaan
zon selesa (comfort zone). Keberanian ini terletak kepada kekuatan minda,
semangat untuk mencuba, bersungguh-sungguh dan bersedia menghadapi risiko
dan kepayahan. Dalam kata lain, penghalang kepada keberanian adalah
indifference. Oleh itu, kita mesti berani melakukan perubahan.
17. Saya juga berhasrat agar tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat
merangka KPI masing-masing, supaya kita akan menjadi lebih fokus terhadap
tugas yang diberikan. KPI ini akan menjadi satu penggalak kepada kita untuk
mencapai sesuatu yang lebih daripada kebiasaan (extra ordinary). Oleh yang
demikian, pencapaian yang lebih daripada kebiasaan ini akan memberi natijah
yang baik kepada rakyat dan negara jua.
18. Akhir sekali, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi
mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Teruskan kecemerlangan tuan-tuan dan puan-puan dan
jangan hentikannya di pertengahan jalan. Kepada yang tidak menerima anugerah,
bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi jadikanlah ia sebagai pembakar semangat
dan berusahalah dengan lebih gigih untuk meraihnya di masa akan datang.
Terima kasih.

SENGGARAAN: SUMBER JABATAN AUDIT NEGARA

6
6.1
SYOR DAN PANDANGAN JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG
NEGARA MENGENAI PERANAN JURUUKUR BANGUNAN
UNTUK MEMBUDAYAKAN KEPENTINGAN PENYENGGARAAN
DI DALAM INDUSTRI BINAAN DAN PENGURUSAN BANGUNAN.
Antara syor dan pandangan Ahli-Ahli Jawatankuasa adalah seperti
berikut:
I) Mesyuarat bersetuju dan mencadangkan agar Juruukur
Bangunan dapat mengkaji keadaan Bangunan Parlimen
mengikut proses-proses penyenggaraan.
Kementerian Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya (JKR) tiada halangan
diatas syor dan pandangan Ahli-ahli
Jawatankuasa yang mencadangkan untuk
melantik Juruukur Bangunan bagi
mengkaji keadaan Bangunan Parlimen
mengikut proses-proses penyelenggaraan.
Walau bagaimanapun untuk makluman,
JKR telah memohon peruntukan
Kementerian Kerja Raya bagi pemeriksaan
ke atas Bangunan Parlimen dari aspek
struktur, sistem servis mekanikal dan
elektrikal, sistem paip sanitari, sistem
pembentungan dan saliran.
Universiti Malaya (UM)
Pihak UM sememangnya bersetuju untuk
menjalankan penyelidikan seperti yang
dicadangakan dan bersedia untuk
mengadakan perbincangan dengan pihak
pengurusan Parlimen untuk menentukan
terma rujukan kajian.

II) PAC juga bercadang supaya Jabatan Audit Negara
mempertimbangkan agar mengambil seorang jurukur
Bangunan untuk menganggotai Pasukan Audit yang
ditugaskan untuk memeriksa bangunan-bangunan yang
menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan
III) Budaya penyenggaraan perlu dilaksanakan bukan
sahaja di bandar-bandar besar, tetapi di bandar-bandar
kecil juga.
Jabatan Audit Negara (JAN)
JAN sedang dalam proses mendapatkan
beberapa orang Juruukur Bangunan untuk
dimasukkan ke dalam Pasukan Audit.
Adalah dijangkakan urusan pengambilan
tersebut akan dapat diselesaikan pada
akhir bulan Julai 2007.
Kementerian Kerja Raya
JKR bersetuju di atas syor dan pandangan
Ahli-ahli Jawatankuasa bahawa budaya
penyenggaraan perlu dilaksanakan bukan
sahaja di bandar-bandar besar, tetapi di
bandar-bandar kecil. Walau
bagaimanapun untuk makluman, JKR
melalui Kementerian Kerja Raya telah
mengemukakan cadangan kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam untuk
mewujudkan satu unit khas
penyenggaraan sebagai langkah untuk
menguruskan dan menyenggara
bangunan dan aset Kerajaan Persekutuan
serta infrastruktur awam yang lain secara
lebih sistematik dan profesional. Struktur
unit khas ini merangkumi pegawaipegawai
teknikal yang terdiri daripada
jurutera, arkitek, juruukur bahan dan
juruukur bangunan.

IV) Kerja-kerja penyenggaraan yang lebih teratur dan
sistematik dapat memelihara dan menjadikan bangunanbangunan
sentiasa berada dalam keadaan baik
Kementerian Kerja Raya
JKR bersetuju diatas syor dan pandangan
Ahli-ahli Jawatankuasa bahawa kerja-kerja
penyenggaraan dilaksanakan lebih
bersepadu, sistematik dan menyeluruh
supaya tahap keselamatan, kesihatan
serta keselesaan sesuatu bangunan dapat
ditingkatkan.

BUDAYA SENGGARA: SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Utamakan senggaraan
Oleh Zin Mahmud (WARTAWAN UTUSAN)

Tiga cabang dalam sistem demokrasi berparlimen ialah eksekutif, legislatif dan judikatif. Eksekutif adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran dan Putrajaya merupakan pusatnya.

Legislatif adalah badan penggubal undang-undang yang lokasi sidangnya ialah bangunan Parlimen.

Sementara judikatif iaitu badan kehakiman yang bangunannya ialah Istana Keadilan di Putrajaya dan mahkamah-mahkamah lain termasuk Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan di Jalan Duta.

Maka dengan berlakunya kebocoran di pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya, Kompleks Mahkamah dan bangunan Parlimen, maka lengkaplah bahawa ketiga-tiga cabang sistem pemerintahan demokrasi negara diwakili dalam masalah penyenggaraan.

Sesungguhnya terdapat kefahaman umum bahawa ketika negara ini cergas dalam membina bangunan dan infrastruktur, beserta dengan reka bentuk indah yang memberi perhatian besar kepada hiasan, dekor dan kosmetik, tetapi Malaysia lemah dari segi budaya penyenggaraan. Sebab itulah berlaku kerosakan dan kebocoran.

Terdapat perbezaan antara bangunan-bangunan di Putrajaya dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di satu pihak, dengan bangunan Parlimen di pihak yang lagi satu.

Putrajaya dan Kompleks Mahkamah merupakan bangunan-bangunan baru yang didirikan selepas tahun 2000. Maka apabila ia rosak dan bocor, dapat dikatakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada kerja-kerja penyenggaraannya.

Tetapi bangunan Parlimen tergolong sebagai binaan awal kemerdekaan yang reka bentuknya juga mempunyai ciri-ciri modernis unik dengan identiti negara Malaysia yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Perdana Menteri pertama Malaysia itu mahukan bangunan-bangunan yang unik dengan memiliki ciri-ciri modenis untuk menampilkan sebuah negara yang memandang ke depan di samping beridentiti sendiri.

Maka bangunan Parlimen tergolong kepada seni bina Malaysia tulen era merdeka dengan bersifat modenis. Lain-lain bangunan yang seciri dengannya ialah Masjid Negara, Tugu Negara, bangunan Wisma Putra lama, bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka lama, Muzium Negara, Bangunan Persekutuan (Federal House), Masjid Sultan Abdul Aziz di Petaling jaya dan bangunan Lapangan Terbang Subang.

Paling jelas ialah Masjid Negara

di mana kubah berbentuk payung terbuka dan menara payung tertutup adalah ciri unik identiti masjid Malaysia. Tidak ada masjid seumpama itu di dunia.

Secara tradisional, masjid di negara ini tidak mempunyai kubah bulat seperti di Asia Barat. Tradisinya, masjid negara ini berbumbung bertingkat seperti masjid-masjid di Melaka.

Pentadbir Inggeris adalah pihak yang mula membawa kubah di bangunan-bangunan di negara ini. Mereka mengambil inspirasi daripada bangunan-bangunan Moghul di India. Maka muncullah masjid berkubah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Zahir Alor Star dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kemuncaknya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ibu pejabat KTM dan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur.

Transformasi

Bagaimanapun ciri modenis yang diwakili oleh Masjid Negara dan bangunan Parlimen mula digantikan dengan bentuk Asia Barat pada tahun-tahun 80 dan 90-an. Maka Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam memiliki kubah yang mempesona. Begitu juga Masjid Wilayah Persekutuan. Tetapi paling jelas transformasi ini ialah apabila Putrajaya muncul dengan bangunan-bangunan yang memiliki pelbagai kubah.

Dalam menyingkirkan ciri modenis ini, bangunan seperti Masjid Negara dan bangunan Parlimen turut diubah suai dengan menempatkan dekor dan hiasan yang menghilangkan identiti asal.

Maka elemen-elemen Asia Barat mula muncul dalam bangunan Masjid Negara dan keasliannya sebagai seni bina tulen Malaysia terjejas dengan ubah suai itu. Mimbar yang modenis juga digantikan dengan reka bentuk tradisional Asia Barat. Tetapi paling jelas yang berlaku ialah di bangunan Parlimen.

Dengan perbelanjaan yang besar, seni hiasan dalaman bangunan Parlimen diubah suai untuk memasukkan ciri-ciri tradisional yang meleret-leret hingga menghilangkan identiti asal bangunan Parlimen sebagai reka bentuk modenis untuk melambangkan Malaysia yang memandang ke hadapan.

Dalam kesibukan perhatian mengubah ciri identiti dalam bangunan Parlimen itu, perhatian yang seimbang tidak pula diberikan kepada penyenggaraan dan pembaikan perkara-perkara asas seperti bumbungnya.

Maka ketika dalaman bangunan Parlimen begitu hebat berlaku pula kebocoran yang menunjukkan bahawa keutamaan tidak diberikan kepada penyenggaraan berbanding hiasan serta kosmetik.

Namun begitu, gejala seperti ini tidak perlu dihairankan di negara ini. Jika melihat bagaimana kalangan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini meletakkan keutamaan, maka dapat difahami betapa kerja hiasan serta kosmetik tidak diimbangkan dengan penyenggaraan kemudahan asas.

Maka dapat ditemui betapa terdapat PBT yang menghias kawasan masing-masing dengan pasu-pasu yang disangka cantik beserta dengan tiang lampu yang berukiran indah, mengikut jejak langkah Putrajaya.

Dalam membelanjakan wang yang banyak untuk benda-benda hiasan ini, ada PBT yang tidak begitu mengambil berat mengenai jalan yang berlubang, longkang tersumbat dan tanda nama jalan yang terabai. Di sinilah yang dikatakan bahawa budaya penyenggaraan tidak wujud. Atau lebih tepat lagi, keutamaannya di negara ini adalah kepada hiasan dan kosmetik.

Maka perlu diingat bahawa dengan segala keindahan bangunan, perkiraan akhir ialah apa yang dilahirkan dari dalamnya melalui kemudahan yang disediakannya.

Umpamanya bukan soal masjid yang tersergam indah tetapi adalah kemudahan yang disediakannya, dan seterusnya apa yang dilahirkan daripadanya. Jika masjid tersergam indah tetapi tandasnya tidak mencerminkan kesucian Islam, maka bangunan seumpama itu sudah gagal.

Apatah lagi hendak mengharapkan bahawa dari masjid yang begitu indah, sewajarnya jemaah yang lahir daripadanya adalah bermutu.

Maka begitu juga dengan bangunan Parlimen. Dalam memastikan bangunan itu indah dan perkhidmatan yang diberikannya memuaskan, maka hasil daripada perdebatan serta musyawarah oleh ahli-ahli Parlimen hendaklah turut bermutu.

Bangunan yang tidak seimbang, dari segi fizikal dan kemudahan menghasilkan warga yang juga kurang memuaskan.

Begitu juga dengan bangunan mahkamah yang indah. Ia juga harus diimbangkan dengan kemudahan yang dibekalkan bagi melaksanakan keadilan. Justeru apa yang lebih penting ialah keadilan yang dilahirkan daripada bangunan-bangunan itu.

Rakyat Malaysia pasti bangga dengan keindahan Putrajaya yang tiada tolok bandingnya di dunia. Tetapi keindahan itu juga wajar diimbangkan dengan kecekapan dalam pentadbiran bagi kebajikan rakyat.

VISI UNIT PENYENGGARAAN DBKL

VISI

Mendokong hasrat DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya bertaraf dunia melalui budaya penyelenggaraan yang berkualiti dan diiktiraf dunia.
--------------------------------------------------------------------------------
MISI

Memastikan semua harta DBKL berada dalam keadaan cantik, bersih, selamat dan selesa digunakan.
Kategori Perolehan Kerajaan


Kerja

Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalanraya, tapak kawasan dan empangan air serta kerja perparitan.Ia juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal.

Bekalan


Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ia juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.

Perkhidmatan


Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/kemahiran yang diperolehi untuk melaksana dan menyiapkan sesuatu kerja tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua seperti berikut :-


Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhimatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian.


Perkhidmatan Bukan Perunding

Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan.

Terakhir Dikemaskini Selasa, 08 Julai 2008 12:20
SUMBER: JPM

BUDAYA SENGGARA 2

Tuesday, May 29, 2007
BUDAYA PENYELENGGARAN JADIKAN AMALAN

Sudah hampir sebulan kita didendangkan dengan isu penyelenggraan bangunan kerajaan namun isu tersebut semakin terus hangat diperkatakan sehingga menenggelamkan kehangatan isu kenaikan gaji kekitangan awam yang diumumkan YAB Perdana Menteri kita baru-baru ini. Bermula dengan runtuhan siling di Putrajaya, kebocoran siling di Parlimen, kebocoran paip air di Kompleks Mahkamah Putrajaya dan yang terbaru runtuhan 20 keping siling di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Isu ini bukanlah satu isu yang baru apatah lagi kita pernah berhadapan dengan kejadian yang lebih besar pada tahun 1993 ketika kondominium Highland Tower runtuh menyembah bumi. Kita sepatutnya sudah belajar daripada kesilapan yang berlaku dan mempertingkatkan usaha untuk menanganinya daripada berulang. Lazimnya apabila kes-kes seperti ini berlaku akan bermulalah perang tunding-menunding serta tidak kurangnya ada sesetangah pihak yang mencari alasan untuk menyelamatkan diri.

Masalah ini dapat dielakkan sekiranya budaya penyenggaraan diamalkan di semua premis bangunan tidak kira sama ada bangunan kerajaan mahupun bangunan persendirian. Budaya penyenggaraan bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan tersebut malahan juga dapat menjimatkan kos pengoperasian melalui penyenggaraan bersepadu.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penyenggaraan hanya melibatkan kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan malah tidak kurang juga yang beranggapan bahawa penyenggaraan itu adalah kerja-kerja penambahan pada bangunan serta kerja-kerja mencantikkan bangunan. Tanggapan tersebut bukanlah satu tanggapan yang salah dari perspektif skop kerja. Namun perspektif ini berbeza sekiranya dilihat dari sudut fungsi serta matlamat penyenggaraan yang lebih menekankan aspek pencegahan sesuatu kerosakan daripada berlaku.

Amalan penyenggaraan ini perlulah dilakukan secara optimum oleh pihak-pihak yang kompeten. Secara am kerja-kerja penyenggaraan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja namun untuk pengurusan penyenggaran yang efektif, kerja-kerja ini sepatutnya dilakukan oleh Juruukur Bangunan. Sudah sampai masanya profesion Juruukur Bangunan ini diketengahkan bagi menguruskan kerja-kerja penyenggaraan bangunan terutamanya bangunan-bangunan yang dimiliki oleh kerajaan.

Tidak perlulah kita melihat jauh sehingga ke negara Eropah , cukuplah sekadar melihat jiran kita iaitu Singapura yang telah mengiktiraf profesion Ukur Bangunan ini sebagai satu profesion yang berkredibiliti dalam industri pembinaan mereka. Kita masih belum terlambat kerana profesion Ukur Bangunan ini diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di bawah gred J41 dan J29 malah terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan kursus Ukur Bangunan ini.

Keadaan tidak akan berubah sehingga budaya tunggu dan lihat ini dikikis dari mentaliti seluruh rakyat Malaysia. Bukanlah niat saya di sini untuk menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi di saat Negara kita bakal menyambut ulangtahun perayaan kemerdekaan yang ke-50 Ogos ini. Kita mungkin akan tersenyum bangga apabila orang yang kita sayangi terkorban untuk harga sebuah kemerdekaan namun adakah kita mampu untuk tersenyum jika orang yang kita sayangi gugur dalam runtuhan bangunan yang tidak dijaga.

SUMBER BLOG: Posted by Mohammad Ashraf A Rahman at 12:48 AM
Labels: Articles

BUDAYA SENGGARA

Terap budaya penyelenggaraan dalam setiap organisasi
November 13, 2008 in Berita

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu budaya penyelenggaraan peralatan secara kerap diterapkan dalam setiap organisasi, terutama yang mempunyai peralatan canggih dan mahal kerana amalan itu akan menjimatkan kos dan mengelak kerosakan yang akan memerlukan pembaikan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, setiap organisasi dan kakitangan di semua peringkat juga mesti sentiasa mengamalkan integriti supaya kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, melalui penyelenggaraan dan penjagaan rapi terhadap setiap peralatan, ia akan dapat digunakan pada bila-bila masa tanpa risau atau ragu-ragu mengenai kemampuannya.

“Sebab itu kita sediakan peruntukan yang besar untuk penyelenggaraan… jika tidak, akan berlaku kerosakan dan ia tidak dapat digunakan. Kemudian akan timbul cadangan supaya beli yang baru dan ini tentunya memerlukan perbelanjaan besar serta merugikan.
“Penyelenggaraan secara kerap perlu diamalkan, penyelenggaraan menjimatkan kos. Walaupun kita sediakan peruntukan penyelenggaraan besar, ia akan selamatkan kita daripada kos yang lebih besar akibat penyelenggaraan yang lemah,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di padang kawad kementerian itu, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abu Seman Yusop; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Mengenai integriti, Abdullah berkata ia perlu menjadi amalan setiap kakitangan organisasi untuk memastikan organisasi berkenaan mempunyai kewibawaan, kecekapan dan beramanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, organisasi dibina oleh ahli yang berintegriti kerana walaupun hanya disebabkan oleh seorang yang tidak berintegriti, nama baik organisasi atau pasukan boleh terjejas.

“Ini bukan saja untuk tentera tetapi semua perkhidmatan, bukan saja untuk yang berpangkat, malah anggota biasa. Ada yang berpangkat tetapi menipu dan melakukan rasuah yang mencemar nama baik organisasi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, integriti mesti menjadi milik semua dengan menjadikannya sebagai amalan dan budaya supaya dengannya individu dan organisasi akan berada di puncak tinggi.

Katanya, angkatan tentera negara ini yang berkhidmat di bawah panji Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima banyak pujian daripada negara luar, dan rakyat seperti di Bosnia-Herzegovina dan Somalia amat menghormati tentera Malaysia.

Beliau berharap kecemerlangan dan kejayaan seperti itu yang menjadi kemegahan negara, akan terus wujud dari generasi ke generasi.

Sumber Berita Harian



Blog Stats
109,921 hits
Tulisan Terbaik
Kisah Si Tanggang Moden
Skim gaji pensyarah IPTA
Kenaikkan pangkat
Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51
Nama baru untuk UTHM
Kisah seorang staf sambung belajar
Infamous advertorial
New proton model
Pemilihan jawatan pentadbiran UTHM
Jadual Cuti Am Malaysia 2009
Proton MPV
Waktu gempa sama dgn ayat dan surah dlm Quran
Arkib
Pilih Bulan Oktober 2009 (1) September 2009 (1) Ogos 2009 (2) Julai 2009 (3) Jun 2009 (3) Mei 2009 (4) April 2009 (3) Mac 2009 (14) Februari 2009 (9) Januari 2009 (10) Disember 2008 (9) November 2008 (11) Oktober 2008 (7) September 2008 (10) Ogos 2008 (15) Julai 2008 (10)
Komen terbaru
Terpelajar on Kisah Si Tanggang Moden
faizulamin on Nama baru untuk UTHM
ellin on Kisah Si Tanggang Moden
Abang Bouncer Pusat Islam on Skim gaji pensyarah IPTA
along on Skim gaji pensyarah IPTA
along on Kisah Si Tanggang Moden
Abang Bouncer Pusat Islam on Infamous advertorial
Abang Bouncer Pusat Islam on Kenaikkan pangkat
budak UTHM on Infamous advertorial
ketutoran on Kenaikkan pangkat
Berita Online
AgendaDaily
Berita Harian
Bernama
HarakahDaily
Harian Metro
Kosmo
MalaysiaKini
TheStar
Utusan Malaysia
Blog Staf UTHM
Ex-NC di UK
Nazali Nor
YL Lee
Blogroll
WordPress.com
WordPress.org
Pautan
Pro M UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UTHM de google earth
UTHMbloggers
Meta
Log masuk
RSS Entri
RSS bagi komen-komen
WordPress.com
Apakah yang perlu dilakukan dengan Weblog ini ? (Poll Closed)22 commentsComments feed for this article
November 13, 2008 pada 6:40 am

ayam tua
Terima kasih kerana mewujudkan tajuk ini. Ini ada sedikit pandangan. Ikan setuju sangat dengan saranan Pak Lah supaya budaya penyelenggaraan diterapkan di jiwa setiap staf demi mengelakkan kesan buruk dikemudian hari. Ibarat kata pepatah, Better Safe Than Sorry.

Setiap staf terutamanya juruteknik dimakmal telah dilatih mahir dengan setiap peralatan dibawah tanggungjawabnya. Dengar bunyi lain macam aje dah tahu apa tak kena. Tetapi yang menjadi masalahnya bukan juruteknik/staf itu tidak mahu membaiki kerosakan kecil peralatan tersebut, yang menjadi masalahnya ialah bajet. Kalau bajet ciput camne yang perbaiki dgn kadar segera ? Kena minta quotation dari 3 pembekal yang berlainan. Kalau satu pembekal ambil masa sebulan, kalau 3 pembekal dah 3 bulan. Lepas tu tunggu RO dan LO, jadi dah berapa bulan tuh ? Kerosakan yang keil ibarat nanah yang akan menjadi barah jika tidak dirawat dengan segera.

Macam di Elektrik, kita ada Makmal Penyelenggaraan Alat yang diterajui oleh seorang Juruteknik Senior. Objektif diawal penubuhannya ialah, semua peralatan yang rosak akan dibawa kesini, dan akan di baikpulih oleh juruteknik yang terpilih atau diverifikasi oleh J Senior ini. Tetapi tidak dapat di laksanakan akibat kekangan masa, dan sikap individu tersebut sendiri. Yelah siapa yang nak angkut peralatan tersebut ke Makmal tersebut. baik buat kat makmal sendirik. Nak tunggu spare part lagi. Dan yang paling senang ialah panggil aje supplier datang ambil dan tunggu quoation hantar RO tunggu LO. Senang kejer. Kalau Makmal Komputer bawah PTM, panggil Juruteknik Komputer PTM datang ambil.

Kalau ada kredit atau imbuhan untuk staf/juruteknik yang membuat penyelenggaraan / baikpulih peralatan sendiri tentunya semua orang akan buat sendiri. Kena Win-win lah. Kalau kena kat staf/juruteknik yang baru-baru tentulah seronok buat kejer amal nih pasal nak confirm cepat, tapi kalau kena kat kita yang dah otai nih, dah lebih 10 tahun kejer hmmm, kirim salam ajerlah. Baik aku duduk diam-diam takder orang kacau. Janji cukup bulan dapat gaji. Gaji pun dah dinding, PTK aras 4 pun tak lepas-lepas. Malas nak ambil lagi buat pening kepala study macam nak gila tapi dapat 2 jer…

Itu je sekadar pandangan.. Jangan tera laks… Ahaks…
November 13, 2008 pada 2:13 pm

kerismas
Masalah kau orang ni bila kerja semua nak ganjaran. Tak fikir ke apa yang kita buat yang baik tu dah tentu tuhan bagi ganjaran/pahala. Cuba buat apa pun kerana Allah dan sentiasa bersyukur baru selamat dunia. Ini tidak nak komen memanjang.
November 13, 2008 pada 3:22 pm

keropokikan
Dulu aku pernah jumpa sekelompok meja komputer tak digunakan di UTHM…alasannya nak dispose sebab pembelian telah silap dibuat..lepas tu tersalah ukur…..mmmmm sapa nak jawab ????? Kan membazir tu……..tah berapa tah kos nye…aku cadangkan segala pembelian yang tak diguna ni…dihukum sesapa yang buat pembelian tu…..membazir jer…pandai beli barang best2 kunun…gunanya tidak….sorrylah kalau aku salah cakap….
November 13, 2008 pada 6:12 pm

dreamer
Ayam tua, aku rase kerja penyenggaraan adalah sebahagian drpd tugas juruteknik. Takkan lah nak buat kerja penyenggaraan pun kena bagi imbuhan kot.

Inilah masalah sebahagian kakitangan kerajaan. Dah dalam comfort zone, tak paya nak kerja keras lagi. Tiap2 bulan amik gaji bute saje. Kalo kerja kat private, ko dah lama kena buang kerja.

Shame on you.
November 14, 2008 pada 2:57 am

Jawa
Setuju dengan dreamer, tak kan la nak buat selenggara pun nak kena ada imbuhan, Apatah lagi mcm Ayam Otai, bila dah kerja lama di disini sure banyak pengalaman. Jadi awak sajalah yang layak untuk buat selenggara. Takkan nak kasi juruteknik yang baru untuk buat. Lagipun juruteknik yang dah Otai tak banyak kerja rasanya. Semua kasi pada juruteknik baru.
November 14, 2008 pada 3:06 am

papabaik
Mcm kenal jer ayam tua ni? Siap bagi hint lagi saper beliau…kat FKEE ada 3 org jer juruteknik kanan…ayam tua ni dah banyak kali amik PTK 4, tapi tak lepas-lepas…dapat 2 jer…gaji pun dah dinding…tak susah nak agak saper ayam tua ni.
November 14, 2008 pada 6:22 am

keropokikan
Apa-apa tah ayam tua ni…….patut ker mintak imbuhan…kitaorang yang lecturer ni kerja sampai malam2 pun tak pernah dapat imbuhan….gaji kitaorang tinggi memanglah patut sikit sebab kitaorang ni belajar ada sedikit lebih dari ayam tua…masalahnya kat sini ialah…”kurang bersyukur..” tu sebab ko jadi camtu ayam tua…kalau akulah yang interbiu ko dulu….siap ko aku sembelih…. hehehehehehe….
November 14, 2008 pada 8:09 am

Pemerhati
Gaji yang diberi tiap-tiap tu sebab apa yer? Adakah hanya semata-mata untuk jaga makmal sahaja? Kalau setakat jaga makmal, budak baru habis SPM pun boleh buat
November 16, 2008 pada 8:26 am

wawasan
Kalau tak silap aku juruteknik PTM dah ada yang datang ke PTj/fakulti untuk buat penyelenggaraan PC. Ada staf yang sampai kena blok daripada guna internet kalau tak buat penyelenggaraan. Cuma aku hairanla komputer kat fakulti nie banyak yang rosak …. kadang – kadang aku buat kelas guna komputer di lab banyak yang rosak geram betul aku. Kesian pelajar – pelajar aku terpaksa kongsi PC. Apa guna ek ada juruteknik di fakulti yang jaga lab komputer tue …. . Entah ada knowledge pasal IT ke tak ?
November 17, 2008 pada 10:57 am

hang kasturi
wawasan….. kalu ada yg rosak tu buat ler aduan kita der tel email n mcm lagi…tp aku hairan juga juruteknik kat makmal n fakulti ni dulu masa study ada yg ambil kos komputer tp PC rosak pun nak kena tgu PTM juga yg datang ambil..masa interview dulu semua boleh….aper daaa independer lacikit PTM kasi PC tu maafankan ler ….
November 17, 2008 pada 1:30 pm

ryu watanabe
seperti yang pernah diperkatakan oleh juru komen….kita semua dah berada dalam zon yang selesa lagi nyaman…pastu manja pulak…tu pasal PC yang rosak pun nak tunggu PTM…langsung takde inisiatif untuk baik pulih supaya student boleh guna….
November 17, 2008 pada 2:06 pm

kerabat
Assalamualaikum
hemmmmm…..
macam2 la…sebenarnya setiap isu tu ada baik buruknya….apa yg diutarakan oleh ayam tua tu ada betulnya dan ada yg xbetul…jgn kita terus hentam dia….xbersyukur la… kerja skit nk ganjaran la…..itu la ini la. rasanya komen yg mcm ni mewujudkan satu jurang dan benteng antara staf sokongan dan staf akademik. kita di uthm ni satu keluarga …. komunikasi antara kita penting untuk kerjasama. jangan ingat kita boleh berdiri sendiri tanpa pertolongan dan bantuan dari org lain….bukan semua la segelintir je… berbalik kepada kita sebagai staf akademik jangan terlalu ego dan jangan ingat apa yg kita buat semuanya betul, jaga bahasa kita imej kita sebagai staf akademik…. jangan kerana beberapa ekor kerbau membawa lumpur semua kerbau terpalit sama. xpasal2 juruteknik komputer kat fakulti pulak yang menjadi magsa sedangkan isu yg di bangkitkan lain ( kan dah x profesional tu ). dan jangan sesekali mengata org lain makan gaji buta, pasal apa….berbalik kepada tugas hakiki kita, adakah kita laksanakannya dengan sempurna dan xda cacat celanya, fikirla sendiri. perkataan tu hanya digunakan oleh org yang tak bertamadun je, yg syok sendiri dan yg fikir apa yg dia buat semuanya betul. kita sebagai manusia ni ada kelebihan dan kekuranganya. sebelum kita tengok kekurangan org lain…tengok dulu kekurangan yang ada pada kita….komen kita adalah lebih baik dengan cara menegur bukannya menghentam. peranan kita di uthm memang berlainan tapi semuanya penting. peranan juruteknik makmal pun penting dan peranan kita sebagai pensyarah punnnn penting dan peranan semua warga uthm ni pun penting xkira jawatan apa. yang penting saling hormat menghormati. pesanan untuk semua….jaga anggota badan kita,jangan kerananya kita pulak yg jadi bahan bakar untuk api neraka. renung2kan lah….
November 18, 2008 pada 6:47 pm

dreamer
My dearest Kerabat,
first, memanglah betul, no one is perfect. Walaupun kerja aku tak perfect, but i do my best, aku buat kerja overtime pun tak minta imbuhan. Keywordnya islah IKHLAS.
Tapi bagi orang yang tak kerja dengan ikhlas, kalo buat kerja sikit nak minta imbuhan, orang macam ni aku tak respect. Gaji yang dia amik tiap2 bulan tu bukanke gaji buta?

second, siape kata semua juruteknik macam tu?Memang ade juruteknik yg sangat beretika dan kompetens. Dari segi teknikal, sesetangah jututeknik lagi mahir drpd pensyarah. Aku tak nafikan perkara ni. Tapi, tak salah kalo ade yg komen sesetengah juruteknik makmal komputer tak amik inisiatif utk repair komputer. Itu adalah reality.

Uthmdehati said….
Setuju dengan anda….rasanya juruteknik makmal komputer kena ambil staf dari PTM jadi bapak angkat.
November 20, 2008 pada 9:18 am

tenggiri
aku stuju dengan krabat … yela kita kan semua manusia biasa jadi tak terlepas melakukan kesilapan… lagi satu jangan ingat semua orang sama … kita kena la kasi taua apa maslah kita jangan main hentam blakang je … kalo cmni camna orang tu nak tau masalah yang orang tak puas hati … sampai bila pon orang tu takkan brubah … sebab kita orang akademik kita kena la berfikir cam orang akademik bukan cam orang asli yang dok kat utan tu … tapi orang asli skang ni pon dah maju ngan bleh berfikir dengan btol … jadi fikir fikirkan lah yer … kalo kita dok cakap blakang makin banyak dosa kita …
November 20, 2008 pada 9:48 am

Pengajar
Ala…wawasan..ko tu byk beban mmg la ko cr org nk ko hentam kan…kan..kan…tak baik tau…
November 20, 2008 pada 9:56 am

Budak PTM
Saya dapat detect lokasi pengirim…jgn main hentam2 kasar k.
November 20, 2008 pada 5:32 pm

Makcik Kepak
Assalamualaikum yg mmg hampir2 saya mengetahui identitinya…belajar saya rasa dah tinggi,yela,ade pelajar,of coz tutor or pensyarah kan…hehe..Akai dah dianugerahkan,pikiak dah matang,perangai lak cam adik2 na…Camni la ek,tak baik kite nak tikam belakang staf2 sebumbung kite neh,atleast kite bg cadangan kat forum neh,bkn nak men sindir2 org je,semua org tak complete kan,belum cite lagi pasal tipu menipu cuti belajar neh lg,ada konon training kat Jerman la,Jepun la,wal hal bwk family bercuti…tak cite lagi bab2 claim sume neh kan…So,lu pk la sendiri na…kalo ape yg kurang,sebagai org yg pandai sgt neh,p la tegur direct,bkn p canang org tu kat forum neh…Kite bawah majikan yg same,cume tugas berbeza,so msg2 cara la…Lagi satu,aku tau En wawasan neh satu Fakulti…sanggup nk jatuhkan nama fakulti sendiri dengan naikkan isu sendiri…Hot la sangat…huhu..MAJULAH UTHM UNTUK SEMUA….BKN UNTUK HANG JA….naik pangkat la tuh..huhu…dh2,pi cr reason nk cr claim len…ade Training ka,ade Pameran ka…haha
November 20, 2008 pada 11:50 pm

Saje Test Post
Saje nak test posting sini. Kalau pakai anonymous proxy boleh detect ip tak rasanye? hehe apa pun, semoga blog ni dapat dimanfaatkan untuk penambahbaikan tentang apa2 jua kepincangan yang ada di UTHM. Mungkin isu2 yang dibangkitkan di sini boleh dibawa ke dalam MBJ atau sebagainya untuk perbincangan atau tindakan. Jadilah tukang post yang matang dalam memberikan komen dan bersama-samalah kita memajukan universiti yang kita sayangi. Dengan Hikmah Kita Meneroka. Sekian, terima kasih.

UTHMdehati said….
Sama-sama lah kita membawakan isu yang dapat memperbaiki apa jua kepincangan…
November 21, 2008 pada 9:17 am

Kaki PC
En Wawasan oi…hang kne bgtau diorg,pc kat ctu dah tua ka…muda ka..baru ka..kalau dh tua,logik ar byk rosak…kalo hang terrer.p la jaga 30 pc tua,dlm keadaan kelas pack,aku bg tempoh sebulan je..huhu…kompom ko pun kne attack gak..huhu.
Disember 22, 2008 pada 12:30 pm

Yankee Alpha Skuadron
UTHM RAIH TEMPAT KE-2

PERTANDINGAN LAMAN WEB IPTA 2008

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya memenangi tempat ke-2 kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), manakala tempat ke-14 daripada 369 agensi kerajaan seluruh negara, sempena Pertandingan Laman Web 2008 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penilaian untuk pertandingan tersebut telah dilakukan selama 5 hari bermula dari 4 hingga 8 Ogos 2008 yang lalu di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Kriteria penilaian KPT adalah berdasarkan kriteria penilaian dari Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU).

*Tahniah kepada kumpulan yg merekabentuk dan mengendalikan laman web kita atas kejayaan walaupun terdapat suara-suara yg kondem laman web kita. Semoga kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat utk berusaha dengan gigih bagi mencapai tempat pertama

Maklumat lanjut sila layari berita yg berkenaan di alamat bawah ini

http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/300/229/lang,en/
Disember 22, 2008 pada 6:57 pm

kelam
Tahniah…
Utk penambahbaikan, minta pihak yg berkenaan perbaiki kesalahan tatabahasa pada part Introduction di http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/106/192/lang,en/

Uthmdehati said…
Terimakasih diatas keperihatinan saudara….. kami terpaksa edit posting saudara bagi memberi kesempatan kepada mereka yang berkenaan untuk memperbetulkanya.

Uthmdehati said….
Terima kasih…website telah diperbetulkan.. mungkin terlepas pandang
Disember 22, 2008 pada 7:00 pm

kelam
Semoga pada masa akan dtg., UTHM akan terus cemerlang dlm. pertandingan spt. ini.


Klik di sini untuk batal.
Name

Email

Website


Notify me of follow-up comments via email.
Your comment
PinkTurtle
Agenda siapa menyebabkan SPRM bertandang lagi ke PMBK November 6, 2009
RadenJowo
Harap maaf ! Mac 14, 2009
Prof. Dr. Hamirdin
BN TAWAN KELANTAN? November 4, 2009
JPA
Salah dari segi moral untuk minta bonus: Najib November 4, 2009
Pahang Daily
Array November 6, 2009
Cina Islam
Sayyid Ali Khamenei: Bangsa Iran Tidak Akan Terperdaya Retorika Manis Amerika November 6, 2009
Mother of 3 Mohd
Satu Malaysia kena psycho!! November 6, 2009
CursingMalay
Film Review : Twilight
Heheheheheheheheheheheehehhe.Mula-mula aku gelak dululah.Sebab masa first time cerita ni keluar,heboh gila gadis2 manis kata cerita ni best.Wow!Vampire romantik!Bestnya!(Nak muntah aku dengar)Aku buat tak peduli aje.Hak eleh!Vampire apa hensem cam gitu?Mesti cerita jiwang karat penuh dengan adegan cium mulut dan gigit2 manusia dan vampire.Lepas aku tengok tr […]Theme by Ben Eastaugh and Chris Sternal-Johnson. Get a free blog at WordPress.com.
Subscribe to feed.